Kucing - Kisah Seram

4 min read

        Ini kisah ngeri atau boleh di katakan seram, yang terjadi pada sebuah keluarga yang pergi ke Pulau Ubin untuk bermalam dan memancing. Kata orang tu...fishing cum camping. Sejarah cerita berlaku pada zaman 70an.

        Tiba sahaja di Pulau Ubin, mereka pun berjalan menuju ke Kampung Nordin. Waktu itu Kampung Nordin takde toilet. Tiba sahaja ditepi pantai, si Bapa pergilah pacak pemancing nye. Si Ibu, Si kakak dan Si adik lelaki pula pergi pacak khemah mereka. Pada masa itu, hanya mereka anak-beranak di situ. Waktu pun dah hampir senja. Setetah Si Bapa, Abu namanye, menyediakan segala perkakas unutuk memancing, Si Bapa gi ambik air sembahyang dan berjemaah dgn Si Kakak dan Si Adik. Si Ibu tak berjemaah disebabkan..(faham-faham ajelah).
        Setelah selesai bersolat,tiba-tiba,cuaca menjadi buruk. Angin bertiup dengan kencang, Air laut yang gitu tenang, tiba-tiba, berombak. Tiupan itu membuat mereka panik disebabkan khemah mereka nak terbang dibuatnye. Dengan segera mereka sekeluarga masuk ke dalam khemah.
        Apabila mereka semua masuk ke dalam khemah, cuaca tiba-tiba kembali kepada sediakala. Disambut pula dengan angin sepoi-sepoi. Mereka terpegun. Apa yang menyebabkan cuaca tiba-tiba begitu buruk ? Si Bapa pula buat macam biasa aje. Mereka bertanya kepada bapa nye, Cik Abu.
        "Bapak, kenapa cuaca macam gitu tadi?." Cik Abu pun menjawab untuk nak sedapkan hati si anak tadi," Takde apa-apa lah nak..Kalau air nak pasang begitulah keadaan nye". Si anak pun diam setelah mendengar keterangan Cik Abu.
        Tiba-tiba loceng pancing pun berbunyi. Bergegas Cik Abu ke pancingan ye. Kecoh dibuatnye Cik Abu. Cik Abu pun menyambut ikan yang memakan umpannye. Macam memancing ikan Marlin aje gaya Cik Abu. Tidaklama setelah penat ikan tersebut berlawan, maka berserah ia kepada tangan Cik Abu.
        Si anak pun berkata, "Wui, Besar nye ikan ni. Ikan apa ni Pak?" Cik Abu pun menjawab , "Ikan belanak lah nak. Pergi ambil ikan suruh Mak kau panggang".
        Hari semakin malam, namun pancingan Cik Abu begitu menjadik. Banyak ikan di perolehi. Mereka pun gembira dapat panggang ikan. Kenyanglah sekeluarga. Dah kenyang tu nampak Si Cik Abu bermulas perutnye. Nak buanglah tu. Tidak jauh dari situ adalah sebuah tandas antik. Tandas atas air betul-betul di hujung muara. Perut pun dah bermulas, dengan tidak buang masa lagi Cik Abu pun beregas ke situ.
        Di dalam perjalanan ke tempat tersebut dengan melalui pasiran pantai, tiba-tiba Cik Abu terasa gerun dan takut. Entah kenapa tiba-tiba, bulu roma ye berdiri. Kemudian dia terdengar bunyi kucing mengiau. Cik Abu cuba mencari bunyian kucing. Rupa-rupanya kucing tersebut ada dibelakang ye. Cik Abu terkejut apabila dia sedari bahawa kucing itu berwarna hitam. Dengan persedaran itu , Cik Abu menjadi begitu takut sekali.
        Berbagai cerita menghantui fikiran ye tentang Kucing hitam. Cik Abu cuba membaca apa jua kalimah yang terlintas di kepala otak ye. Cik Abu teruskam perjalanan ye ke tandas. Jantung pula berdebar dangan lancar.Tetapi, kucing itu tetap mengekori ye.
        Cik Abu tidak dapat bertahan lagi rasa takut nye. Lalu dia menoleh dan berkata dengan kucing itu, "Jangan ikut aku. Aku nak ketandas. Aku tak bawa apa-apa makanan jika kau mahu. Janganlah ganggu aku". Kucing itu berhenti dan merenung Cik Abu dengan begitu tajam sekali. Cik Abu pun langkah seribu ke tandas dan tutup pintu tandas sebab dia terlalu takutseolah-seolah nampak hantu. Apabila dia di dalam tandas, Cik Abu masih terdengar bunyian kucing tersebut menghampiri tandas itu.
        Kemudian di sambut pula dengan cakaran di papan pintu tandas. Ngiaun Kucing itu begitu nyaring menusuk telinga Cik Abu.
        Tiba-tiba, kedengaran seperti sesuatu yang memanjat ke atas pintu tandas yang lopong itu. Cik Abu begitu takut sekali. Dia pun membaca apa kalimah yang patut. Dia pun berfikir apa yang dia harus lakukan. Masih dalam keadaan membuang air besar. Belum selesai lagi ni.
        Dengan tidak semena-semena dia terpandang wajah kucing itu di bergayut di permukaan pintu tandas yang lopong itu. Lalu kucing itu bersuara......................Meowwwwwww

Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club  

Anda mungkin menyukai postingan ini

  • -Salah satu peristiwa karut dan tidak benar yang aku tidak pernah alami ialah ketika aku menemani isteriku yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta Kuantan pad…
  • Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu keban…
  • Kisah ini byk berlaku dahulu dikawasan pedalaman atau perkampungan di Seberang, orang tua aku yang ceritakan yang hantu ogak ni asalnya jadi akibat sipolan yang mati tu semasa haya…
  • Misteri 50 tahun   ‘Kamu duduk sini, Mak ke belakang sana. Jangan merayap di luar. Ada kematian, tak elok.’Si anak melongo saja, orang-orang tua dan orang lelaki daripada ke…
  •         Ini kisah ngeri atau boleh di katakan seram, yang terjadi pada sebuah keluarga yang pergi ke Pulau Ubin untuk bermalam dan memancing. Kata orang tu...fishing cum camping…
  • Selamat Malam KC. Paranormal di sini...Peristiwa ini berlaku semasa saya menjalani Perkhidmatan Negara. Saya seorang bekas RP (Regimental Police) di salah sebuah kem yang t…